CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, August 19, 2008

Pulang Kampung, Felda LBJ dan Transnasional 2

Pagi 17 Ogos menampakkan diri.

Bangun tidur. Mandi. Sarapan pagi.
Selesa rasanya menyegarkan diri di rumah Sarah.
Ruang bilik airnya cukup besar.
Puas aku ke sana ke mari.
Segar.

[Jam 11.30]
Aku ke belakang rumah.
Mengerjakan rambutan bersama adik Sarah; Amri.
Dia cukup suka membahasakan dirinya 'Saya'.
Buat aku tersenyum.

Bungkusan rambutan dan pucuk ulam.
Untuk aku bawa pulang.
Makan tengahari. Ikan patin masak tempoyak.
Sedap. Enak. Lazat.
Tanpa sedar, masa sudah menghidupkan enjin untuk meninggalkan aku.

[1.30 petang]
Bagasi dimasukkan ke dalam kereta.
Kereta meluncur laju.
[Selamat Tinggal Felda LBJ!]

Tiba di stesen KTM Nilai.
Sedang aku tercari-cari duit untuk membayar harga tiket,
komuter pun tiba tanpa segan silunya.
Terdengar keluhan dalam hati.
Disertai makian kecil.
Apa boleh buat. Tak ada rezeki.

Menantilah aku disitu.
Masa kian laju merempit meninggalkan aku.
Komuter tidak juga tiba.
Aku menjeling-jeling bungkusan rambutan.
Hati kian risau.

[Jam 2.15]
15 minit sebelum bas berlepas.
Saat itu barulah komuter menunjukkan diri.
Geram. Risau. Susah hati. 
Semua bertelagah sesama sendiri dalam diriku.

3 stesen sebelum tiba di Seremban.
Hati kian resah.

[2.35 petang]
Kaki baru menjejak bumi Seremban.
Lantas kukejar teksi merah.

Aku mengerah semua otot-otot kakiku untuk bekerja.
Aku perlu, bukan! Aku mesti sampai sebelum bas berlepas.
MESTI!
Tak pernah umur aku jalan laju-laju begitu.
Beg jinjit berisi buku teks di tangan kanan.
Bungkusan rambutan di tangan kiri.
Berat bukan jadi penghalang saat itu.

.............

Terasa bagai mahu menjerit keriangan saat tiba sisi Transnasional dua tingkat itu. Aku berjaya.
Nafas tak teratur. Paru-paru kembang kuncup dek kepenatan.
Peluh menghiasi dahi.
Aku terduduk kepenatan di seat tingkat bawah.
Kuhubungi Sarah.
Kukatakan aku berjaya naik bas sebelum ditinggalkan.
Sarah senang hati.
Aku apatah lagi.

[Hampir jam 6]
Kujejak bumi Batu Pahat.
Abang dan Mama menjemput.
Aku senyum sendiri.
Lakaran cerita aku mengembara dari Shah Alam, terkandas di Seremban, tidur di Nilai, dan tragedi mengejar bas berlari-lari dalam kotak fikiran.
Aku senyum lagi.

Rumah.
Aku datang padamu.

2 comments:

Ms. Sleepyhead said...

oi!!!aku ingat ko balik dengan bro bear??ape kejadah kah??

cekyam said...

ni cite balik cuti sem.balik ngan bro bear tym cuti raye,,muhuhu..