CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, August 18, 2008

Pulang Kampung, Felda LBJ dan Transnasional 1

Wah.

Akhirnya cuti semester tiba juga.
Setelah lama aku tunggu-tunggu.
Rumah,nantikan aku.

Dek kerana aktiviti Kesatria Negara yang tidak mahu kalah timingnya,
aku melupakan sahaja hasrat untuk pulang pada hari Jumaat. Kalaupun aku terus pulang sebaik habis aktiviti pada jam 7, pasti takkan sempat sampai.
Nasib tak baik,tidur di jalanan lah jawabnya.

Hari Sabtu pun tiba.
16 Ogos 2008.
Hari Ulangtahun Mama.
Aku perlu tiba di rumah hari ni. Untuk Mama.
Matahari terpacak di atas kepala. Jam 12.30. Tengahari itu agak panas.
Aku masih di Shah Alam. Alangkah ironiknya.
Hanya selepas Solat Zuhur aku mengatur langkah.
Konon mahu menggunakan khidmat Transnasional untuk ke Seremban.
Ramai orang beratur. Bas ke Seremban jam 5.30 petang. Lambatnya.

Aku pun berlalu.
Naik teksi ke KTM Seksyen 19. RM 8. Gila.
Hati kecil mahu menyumpah seranah. Tapi aku lupakan saja.
KTM juga dibanjiri orang ramai. Mereka juga mahu pulang. Aku faham.
Entah jam berapa, komuter baru menampakkan diri.
Penat berdiri. Berpeluh. Letih. Mengantuk. Adoi.

Tiba di Seremban.
Hampir jam 5.
Terus ke kaunter tiket Transnasional.
Hatiku berdebar.[sikit jek]


"Tiket bas ke Batu Pahat dah abis dik, esok adalah.."

Seremban-Batu Pahat.
17 Ogos 2008.
2.30 pm.

Maka aku tidak berjaya sampai ke rumah pada hari ulangtahun Mama.
Nasibku baik, dapat tumpang tidur di rumah Sarah.
Kalau tidak, tidur di Terminal One lah jawabnya.
Lantas lenalah aku di Felda LBJ malam itu.
[Felda LBJ memang banyak rumah besar. Serius]

Keluarga Sarah sangat baik.
Hampir gondol pokok rambutan dan manggis di belakang rumah dek kerana mahu menjamu aku. 
Malam hari, aku bersantap kari ayam dan sayur goreng.
Juga belajar makan ulam.
Pokok Sambung Nyawa namanya.
Sedap.

Jam 12.30 malam.
Keletihan. Mengantuk.
Aku mahu tidur.
Sarah tutup lampu.
Dan aku terus lena.
Dalam kesamaran malam di Felda LBJ. 

4 comments:

Az said...

Pokok Sambung Nyawa????wahhh...hidup lama la ko Cek Yam tinggal umh sarah!!

cekyam said...

ehehek.
mane aku taw..
dah mak ayah sarah ckp tu name tumbuhan tu..
hoho..
best dowh umah sarah..
eheh.

Nadzrah said...

hahaha! poko sambung nyawa... kucing aku tuh cam dah nazak.. ley kasi sket ta pokok sakti tu? hek2

cekyam said...

bisa saja....
hehek..
ade aku tanam kat umah.
meh ar singgah.
hee~