CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, August 15, 2008

cerita kami dan perkad.


Jumaat. Sekian sekian haribulan. Hari itu merupakan perjumpaan pertama untuk
semua pelajar semester 3 yang menyertai Kesatria Negara. Seperti kebiasaannya taklimat dijalankan, begitulah juga taklimat hari itu. 

Antara perkara pertama yang dibangkitkan adalah berkaitan Perkad 2008, iaitu pertandingan kawad antara kompeni. Wah. Alangkah bestnya! Berbekalkan minat
dan semangat aku untuk berkawad, dgn pantasnya aku menyertai pasukan Perkad.

Episod latihan kami pun bermula. Nasibku agak baik, kerana Sakinah dengan
baik hatinya meminjamkan Hondanya kepada aku. Mudahlah nak bergerak ke main camp. Terima kasih Sakinah! [jerit hati kecilku tiap kali ku merempit ke main camp
dengan TY 9156nya.]



Peluh. Keringat. Penat. Penat. Dan penat. Tapi aku gembira. Aku mula kenal dengan kawan-kawan baru. Kenal dengan komander. Juga kenal dengan apa
yang dinamakan kepentingan kerjasama. Hingga detik ini aku rindu saat-saat
kami bersama membanting tulang, menjerih peluh keringat di atas padang kawad.
Aku rindu. Rindu. Dan rindu lagi.

Hari pertandingan tiba. Aral melintang tak kenal waktu. Semangat kami hampir 
luntur dek masalah yang menjerkah. Tapi kami gagahkan. Komander-komander
turut memberi kata semangat.




Dan akhirnya kami berjaya. Berjaya menghabiskan sisa-sisa terakhir semangat kami untuk terus berjuang di arena pertandingan. Tamatnya pertandingan, aku puas. Walau kepuasan itu tidak mampu membawa pulang piala kemenangan, namun aku puas. 

Kata-kata seorang komander dari pasukan Bomba kembali menguatkan semangat
aku dan juga ahli pasukan yang lain, yang hampir hilang direnggut kesedihan.

"...Kalau masuk pertandingan hanya untuk menang, takkan ada kepuasan untuk dikecapi. Jika adanya pertandingan itu hanya untuk
menggembirakan satu pasukan sahaja, lebih baik buang terus istilah pertandingan itu. Kita semua sudah menang. Kita menang dalam pertandingan kita dengan diri kita sendiri, akhirnya kita disini, bukan di kerusi penonton. Ingatlah.. kita sudah menang..."

10 Ogos 2008.
Selepas ini takkan ada lagi istilah penat berlatih untuk Perkad.
Takkan ada lagi kasut-kasut yang tercabut tapaknya dek kerana menghentak dan
menyeret di kala latihan kawad. Takkan ada lagi lenguh-lenguh sendi dek kerana
kepenatan menhayun tangan dan kaki. Takkan ada lagi tangan dan kaki yang melecet, dan takkan ada lagi kepenatan berulang alik ke main camp untuk latihan.

Namun aku terus rindu saat-saat itu.
Ya, aku tidak bohong.
Aku rindu.

2 comments:

qieynah said...

correction, ty 9186 ok....
hehehe, ko ok la suke kawad...gue yg tiada asas dan berbekalkan minat yang amat terhad tetap merasakan karaoke itu lebih menyeronokkan...hehehe
pape, minat xpnah sama...yg pnting kita hepi...assalamualaikum cek yam ku sayang!!!

cekyam said...

Waalaikumsalam Sakinah yg baik hati, hebat, anggun, dan sebagainya.
haha. betol2.
minat lain2.
tapi perbezaan tu la yang membuat kita
hidup dgn lebih seronok!
[wahaha.tahpape aku merapik]