Tamat latihan kawat.
Oh,terasa lapar.Mindaku terus membayangkan Kedai Kopi Ayah dan burger2nya.
Dalam perjalanan, otakku sibuk berguling-guling memikirkan pilihan terbaik untuk aku bersantap malam ini.
Chicken burgerkah?
Fish burgerkah?
Ataupun mungkin Chicken Cheese Whatsoever burger yang bakal menjadi pilihan hati?
[apa-apalah cekyam, perut yang lapar perlu diisi]
Tiba di Kedai Kopi Ayah.
Chicken Cheese menjadi pilihan.
Sementara menanti santapan disediakan [cewah!], aku menuju 7 Eleven dek melayan deria rasa yang kepingin F&N Grape.
Akhirnya aku pulang.
Dengan Chicken Cheese Burger.
Dan tidak lupa F&N Grape.
Titi kecil di depan flatku menanti untuk dilalui
Entah apa yang berlegar di ruang fikiranku saat itu; aku lupa merendahkan gear.
Lalu, dengan konon-kononnya yakin aku terus melalui titi kecil sebesar 2 jengkal tersebut.
Bagaikan sudah tahu malang yang bakal tiba, TY 9186 [moto Kinah] terkedu di tengah titi yang merentasi longkang yang agak-agak besar itu.
...........
Lalu aku jatuh.
TY 9186 tersangkut di atas titi.
F&N Grape menyertai kejatuhan bergayaku.
Abang2 di tingkat 2 lantas menggelakkan aku dengan jayanya.
Chicken Cheese Burgerku selamat di dalam beg galasku.
Panik. Beberapa saat. Namun panik terus lari jauh-jauh bila seorang Mamat hensem berbaju hitam berseluar pendek [ehem] datang menyelamatkanku.
[cewah lagi]
Terima kasih saudara!
Malu.Malu.Malu.
Segan.Segan.Segan.
Sakit. [sikit je]
Malam itu mereka gelakkan aku.
Esoknya pun.
Aku pun turut menggelakkan diriku.
Kesakitan hanya terasa keesokan harinya.
Dan hasilnya, kepala lututku membiru akibat lebam.
Betisku jua.
[wah. ketara juga kesan lebam di kakiku ini!]
Kini, aku agak2 fobia nak merentasi titi kecil itu.
Namun kadang2 aku gagahkan jua, dek kerana terlambat ke kelas,
kerana titi itulah jalan keluar yang paling dekat.
Tapi aku takkan lupa.
Jatuh moto ni boleh tahan jugak sakitnya.
2 comments:
hahah!!! seyes lawak yam!!!!! hahaha!!
haha.
of kos la lawak gelaa.
aku,kinah ngan fifi asek dok gelak je
semenjak tragedi tersebot.
muhuhu..
Post a Comment