14 Mei.
Aku rushing dari rumah Hani untuk registration kursus PM. Nasib la sempat daftar sebelum waktu tamat. Sharifah, Anis & Meklin pun turut mendaftarkan diri. Lepas taklimat ringkas, peserta diarahkan solat Asar, siap diri dan pegi riadah jam 5.30. Nak dijadikan cerita, Meklin plak terpaksa buat clearance petang tu, akibat kewujudan isu dengan Pn.Ruby; bukan nama sebenar (nama sebenar dia ialah Ruby bt Hashim). So akibatnya kami semua terlambat sikit pegi riadah. Tapi takdelah kena denda teruk-teruk pun. Oh, by the way, Sharifah terkena sepakan bola tatkala tiba kat dataran Cemara. Very the kurang bernasib baik. Lepas lari-lari, baling-baling bola serta melompat-lompat dalam kadar yang masih boleh diterima akal, riadah pun habis.
Lepas makan dan sebagainya, ada ceramah sikit, lepas tu start ice-breaking. Aku sebenarnya paling tak gemar upacar ice-breaking dalam apa-apa juga program. Kadang-kadang tu rase cam fake gile pun ade jugak. Tapi nak buat camne kan, dah benda tu memang ramai orang praktikkan, so layankan je lah.
Alkisahnya sebelum start ice-breaking, satu tragedi terjadi. Aku ni konon-konon nak membantu mengangkat meja, tapi ape yang jadi ialah meja tersebut jatuh dan bucu meja tu jatuh betul-betul atas kaki aku. Memang secukup rasa lah. At first oke lagi, even time Mr.Kesh tanya 'is it bleeding?' aku dengan muka coolnya jawab 'tak,I'm ok'. Tak lama lepas tu kaki aku dah start berdarah, dan akibatnya sampai hari ni kaki aku masih belum recover 100% dari bengkak dan sengal serta sakit.
Dalam aktiviti ice-breaking tu, aku pun start la mengenali budak-budak INTEC ni. Actually diorang pun macam manusia biasa jugak. Takdelah nerdy jek sepanjang masa. Haha. For those yang ade kaitan dengan INTEC sila jangan berkecil hati dengan statement ni, oke?
Banyak lagi nak tulis actually. Tapi malas. Oh ya, sebelum aku ditelan oleh virus malas yang agak-agak menggila ni, one thing yang aku tak boleh lupa pasal kursus ni ialah makanan yang amat banyak dan diberikan dalam kuantiti yang sangat mewah. Cuba bayangkan, sehari 6 kali makan; sarapan, minum pagi, lunch, minum petang, dinner & supper. Biskut kering atau kuih yang takde perasaan memang takde signifikannya dalam konteks pemakanan kami time kursus ni. Banyaknya kuantiti makanan tu sampaikan kami berkata 'makan lagi?' sambil buat muka keliru dan tangan memegang perut yang konon-kononnya penuh bila tiba waktu makan seterusnya. Memang very the banyak, sedap dan…..banyak.
Oke, kuman malas dah mula menular. Nanti aku sambung lagi. C ya.
2 comments:
ooww..ade jadual waktu ropenye..
kalo ak p, msti ak mls utk mengikut jadual waktu itu..
biasela cekyam..makanan mewah..
intec kan mewah..siap didodoikn..
p/s sesape yg ad kaitna ngn intec, jgn mara yek..ini kenyataan..hoho
muahaha. very the betol. weh. ko bile terbang neh? dokidoki tak? haha~
Post a Comment