CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, October 3, 2010

2 atau 3 dalam 1 semester

Itulah ratio kemasukan entri baru dalam blog aku. Kewujudannya dalam hidup aku bagai ada tak ada; menyebabkan aku buat endah tak endah tentangnya.

Ia bikin aku teringat pasal blog sahabat aku; yang secara jujurnya menyatakan bahawasanya blog beliau hanyalah santapan dikala benar-benar bosan. Maka jika tak bosan jangan haraplah aku mahu menyelak relung-relung acara dan perkara dalam hidup semata-mata untuk memuaskan (atau sebenarnya menunaikan) nafkah zahir batin aku terhadap kamu wahai blog. Memang tak.

Maka dengan ini sudah cukuplah ratio 2 entri untuk semester sekarang ni. Oh ya; semester 7 maksud aku. Mungkin iya dan mungkin tidak aku akan kembali semula untuk mencambahkan idea dan cerita disini.

Sampai ketemu lagi.

3 comments:

fiterisalim said...

haha siapakah sahabatmu itu...

jgn malas weh! ayuh mnuliss :p

cekyam said...

haha. kau rase? :) :) :)
ayuhh! marilah kita!

qieynah said...

let the keyboard swayed!