Kalau nak diingat-ingat balik, weekend2 yang aku lalui sejak akhir-akhir ni memang sangat best. Banyak cerita yang seronok, memori yang cool di samping banyak jugak gambar-gambar yang diabadikan dalam kad memori kamera digital mahupun telefon bimbit mahal aneka jenama. Aku rasa memori-memori tu semua sgt best dan sgt patut aku abadikan dalam blog aku yg jarang-jarang aku update ni. Anyway, kat bawah ni ade la serba sedikit coretan-coretan berkenaan weekend2 aku yang seronok itu.
14 Ogos - 16 Ogos 2009
Lokasi : Eagle Ranch Resort, Port Dickson
Actually, member2 aku dah lame ajak pegi reunion. Tapi aku x ckp pape berkenaan reservation aku. Bukan ape, aku malas nak cakap berapi, pastu last2 tak datang. Jadiknye, pagi Jumaat 14hb tu baru aku contact organizer pasal aku nak join. Rilek jer, dengan duit tak bank-in sume. Yang penting yakin. Nasib baiklah abg organizer dengan hensemnya meluluskan permohonan aku. Oleh itu, dengan jayanya aku tuang 2 kelas pada petang Jumaat serta 1 kelas pada pagi Sabtu untuk membolehkan aku berada kat PD bersama2 budak batch aku yang laen. Mula2, I was wondering kalau sacrifice aku ponteng kelas tu berbaloi. Tapi, x payah tunggu aktiviti start, jumpe 2,3 org member dalam kereta abg organizer pon dah cukup untuk bagi hint jawapan bagi persoalan aku tu.
Memang best. Tak tipu. Time dinner twin brother aku dari Seremban join plak. Lagi la seronok. Senang cerita, kalau ade ape2 reunion membabitkan kawan2 lame korang, cubalah utk join. Pasti tidak menyesal.
Puteri-Puteri ODC di atas tangga di luar Bandwagon
(sedang menunggu Putera2 ODC bersiap. Ironic gile kan?)
(sedang menunggu Putera2 ODC bersiap. Ironic gile kan?)
Tengahari. Sebelum masing2 membawa diri ke tempat asal.
16hb Ogos. Birthday mak aku. Takde hadiah, tapi aku nyanyikan Birthday Song dalam kereta, same2 dgn Wan, Pjord, Asmaa', Fara, Ammar, Med & Hilmi. Indeed short. But it was sweet.
22 Ogos 2009
Lokasi : Sekitar Seksyen 17 & Kolej Akasia
Ni pulak cerita awal puasa. Walaupun tak dapat sambut awal puasa dengan keluarga di kampung, aku tetap hepi. Sebab, for the first time aku berjaya jejak kaki kat masjid Al-Hidayah dan menunaikan solat Isyak & Terawikh di sana. Alhamdulillah. Konon2 excited, aku bantai roti naan dengan ayam tandoori di kala pertama kali bersahur.
Walaupun minggu pertama Ramadhan agak mandom dan tawar, Alhamdulillah aku dikurniakan kesihatan dan dapat berpuasa setiap hari, plus diberikan jugak kesempatan waktu untuk berterawikh setiap malam. Syukur.
28 Ogos - 1 September 2009
Lokasi : Batu Pahat, Johor
Kenapa Batu Pahat? Kerna aku pulang ke kampung! Akhirnya. Walaupun aku ponteng lagi kelas pagi Sabtu, aku rilek je. Sebab aku yakin, weekend kali ni pasti seronok. No worries. Ditambah pulak dengan cuti Merdeka yg jatuh pada hari Isnin, dan jugak kelas hari Selasa yg hanya bermula jam 5 petang, aku dengan bergayanya menghabiskan 5 hari 4 malam di kampung halaman. Sangat stylo. Kan?
5 September - 8 September 2009
Lokasi : Batu Pahat, Johor
Ya. Aku pulang lagi ke kampung. Tapi kali ini aku tidak lagi ponteng kelas pada pagi Sabtu. Lapang dada aku bila tengok senyuman ikhlas instructor gamelan waktu aku di kelas. Nasib baik la aku dan member2 lain kat situ cepat pick-up bile diajar. Alhamdulillah. Syukur. Maka aku pun pulang dengan jayanya pada jam 2 petang, dan sampai sekitar jam 6. Maka sempatlah berbuka dengan bergaya di rumah.
Maka berakhirlah entri kali ini. Secara idealnya, di penghujung setiap kegembiraan, sepatutnya diserikan dengan kesyukuran. Kerna itulah Rahmat kurniaan dari-Nya.
Alhamdulillah, Syukur.
4 comments:
yang penting, yakin!!!! baru nmpak ko nyer update....kalo x, xabes2 bace tajuk anak derhaka tuh....
word verification: mopil
ala2 mobil....boleh pegi jalan2
wei nak pegi macm2 tmpt mcm ko gak cekyam! :P
oi gile best
kinah: haha. rilek jek. yakin itu seksi!
fits: best best! pegi la jln2!
daruma : mmg best. tahap dewa dewi. Alhamdulillah..
Post a Comment