Waktu itu,
Sore pertengahan Ramadhan.
Abang berkemas-kemas mahu pulang ke kolej.
Cuti separuh purnama di kampung sudah tiba ke garisan penamat.
Abang terhidu bau ayam goreng di ruangan dapur.
Lalu terpacul kata-kata keinginan.
Lantas Ibu mencapai bekas mengisi ketulan daging ayam
Yang siap bergoreng.
Entah kenapa, Abang terlupa akan ayam goreng keinginannya.
Tapi abang sudah bertolak pergi.
Sedang mengemas,
Ibu terlihat bekas berisi ayam goreng untuk Abang.
Sayu di hati terasa,
Tatkala ibu berkata;
"Ibu sanggup tak makan makanan yang Abang tinggalkan hinggalah hari dia
kembali semula ke mari. Biarlah basi. Ibu tak sampai hati."
Maka Abang lantas dihubungi,
Oleh si Adik yang diselubungi rasa sayu di hati.
Abang, cepatlah pulang ke mari.
Adik tahu, abang masih belum jauh lagi,
Ambillah apa yang Abang tertinggal di sini.
Lalu abang pun kembali.
Ayam goreng menanti,
Untuk Juadah berbuka nanti.
Adik senang hati.
Dan dia yakin ibunya bisa tersenyum kembali.