CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, October 8, 2008

Raya! Ho Yeah!


Wee~ It's Raya season again! Seronoknyaa. Even tak same seronoknya compare with Raya time sekolah rendah dulu, aku tetap suka akan musim perayaan. Tahun ni, tak ramai saudara-mara balik kampung. Raya pertama, yang ada kat rumah Tokmak cuma family Maklong, Maklang, Achik n keluarga aku. Yelah kan, dah family aku dah kompem2 dok sebelah rumah Tokmak, agaklah ironi kalau takde. Haha..


Raya tahun ni tak masak lodeh pun. Sambal kacang yang aku sebut-sebut tu pun tak berjaya diwujudkan. Haha.. sedih jek bunyinya. Tapi banyak je menu lain menanti. Paklang a.k.a Main Chef keluarga besar kami awal-awal lagi dah sibuk menyiapkan ramuan-ramuan serta bahan-bahan yang diperlukan untuk menu pilihan kami. Rendang daging, sup tulang dan ayam masak merah telah terpilih menjadi menu Hari Raya tahun ni. Memang superb la Paklang! Ho Yeah!

Oh! Terlupa pule. Takde maknanya semua lauk-lauk tersebut tanpa ketupat. Ehem, aku la insan yang bertanggungjawab dalam menghasilkan kelongsong2 ketupat. Jauh dalam lubuk hati aku, aku rasa bersyukur sebab pandai buat ketupat. I mean, kalau la ditakdirkan aku tak reti buat ketupat, entah ape sangatlaa yang aku boleh sumbangkan. Nak masak lauk2 yang complicated tuh aku belom pass lagik. Jap lagi, orang lain makan rendang daging, kami makan rendang rentung. Sapa nak jawab? Haha.. Kesimpulannya, aku rasa best sebab berjaya menyumbangkan sesuatu untuk sambutan raya kali ni. Hah, korang plak, kalau agak2 tak berapa pandai nak buat ketupat, cuba cuba la buat. seronok tau! Even kembar aku yang lelaki tu pun pandai buat ketupat. Tak tergugatkah? Hehe.. [sori Abang! Tiba-tiba ter'promot pulak!]

Raya pertama; macam biasa. Solat Sunat Aidilfitri, makan-makan, melawat pusara arwah Tokwan [atuk saye] serta bermaaf-maafan. Tak dilupa upacara memberi dan menerima duit raya. Tapi aku terima je lah. Belum sampai waktu lagi nak memberi. Heheh. Lepas tu, upacara beraya. Kami semua konvoi pegi beraya rumah besan nenek. Tapi yang dekat-dekat je la. Senang cerita, besan nenek aku ni semua orang dekat; dalam area Batu Pahat jugak. Cuma ada satu rumah tu jauh sikit, kat area Bakri, Muar. Tapi considered as dekat la jugak. 


[ kami lepas melawat pusara Arwah Tokwan. Al-Fatihah untuk arwah..]


[ sepupu2 aku mengapit kembarku..apa2 sajalah..]

Best! Tapi penat sikit. Habis beraya dalam pukul 11.30 malam kot. Wah. Dah melekit satu badan. Tapi bila lagi nak rasa pakai baju kurung dari pagi sampai malam kan.. Kembar aku, adik aku, dan semua saudara mara ku yang lelaki pulak; time ni je la pegang rekod pakai Baju Melayu Cekak Musang, takpun Teluk Belanga siap ngan sampin dan songkok dari start Solat Sunat Aidilfitri sampai tengah malam. Haha. Bukan main lega dapat salin baju malam tu.. Wee~

Raya kedua pulak, macam biasa; beraya ke Mersing. Rumah adik beradik Tokmak. [p/s: Tokmak adlh nenek aku.] Tiap-tiap tahun ni lah yang kami akan buat. Pagi-pagi lagi dah gerak dari rumah. Tapi selalunya takkan lebih awal dari pukul 8.30 pagi. Biasalah, nak siapkan itu, ini, bungkuskan makanan, bawak bekal, bawak buah tangan, kuih raya, ketupats, bersolek,pilih baju, iron baju, make sure semua suis dah off, kunci rumah dan sebagainya. Raya raya jugak, pusara arwah ibu kepada nenek aku tak pernah kami lupakan. Alhamdulillah, kami tak pernah lagi terlupa atau tak sempat untuk mengunjungi pusara arwah. Dan InsyaAllah kami tak akan lupa.. Sampai bila-bila..  


[ adik aku buat aksi ganas terhadap kazenku ]


Raya ketiga aku duduk kat rumah saje. Acara wajib dah habis disapu semalam dan kelmarin. Tinggallah aku kat rumah, menanti kalau-kalau ade budak-budak datang beraya. Tapi zaman sekarang ni pun, dah tak berapa nampak anak-anak kecil pergi beraya. Berbeza jugak la dengan time aku kecik-kecik dulu. Walaupun aku jenis tak rajin berjalan nak pergi beraya, aku berani cakap la budak-budak sekarang ni lagi malas nak keluar beraya. Diorang lebih suka duduk berteduh kat dalam rumah. Lepak atas sofa sambil makan kuih raya. Pastu tengok tv. Biasalah kan time2 raya ni. Semua channel taknak kalah. Kalau boleh semua movie diorang nak siarkan. Haha. Tengok je laa.. Tapi yang tak seronoknya bila budak-budak ni sanggup taknak beraya dek kerana nak tengok tv. Aduhai.. Alangkah tak bestnya..

Raya kelima aku dah balik ke Shah Alam. Raya keenam dah start kuliah. Maka, perasaan nak beraya serta mood raya tu hilang dibawa arus kesibukan. Oleh itu, berakhirlah catatan raya aku kali ini. Apa2 pun, semoga semua orang gembira dengan kehadiran Syawal kali ni; dan semoga kita semua mendapat berkat dari-Nya. InsyaAllah, kalu panjang umur, Raya tahun depan kita dapat jumpa lagi.. 

Babai! Salam Syawal! Minal Aidil Wal Faizin untuk semua...

2 comments:

SyAhiRah LaLAla said...

hey adik! just found ur blog. Gotcha! :P

cekyam said...

oh.anda suda melawat.malunye~
haha.thanks kakak! =)