Ya. Aku sedia maklum dan kau juga sedia tahu romantik selalu diletakkan bergandingan dengan cinta dalam banyak frasa. Barangkali penulis berkaitan sengaja. Siapa tahu. Tapi, pernah tak kau tahu kisah-kisah cinta zaman romantik?
Ya. Zaman Romantik dalam konteks sejarah muzik. Konteks yang punya Robert Schumann, Franz Schubert dan Hector Berlioz sebagai karakternya. Sesungguhnya, kalau bukan kerana subjek Music History 2, aku pun tak akan tau tentang kisah mereka. Kerna itu juga, tatkala sahabat aku yang juga bakal pendidik seperti aku bertanyakan tentang Schubert Serenade, aku jadi nanar sebentar. Ia, dia tahu tentang Schubert dan juga Tchaikovsky, ikon muzik bumi Rusia itu.
Pkoknya, memang benar. Bahawasanya aku suka dengan kisah cinta mereka. Tak mengapa, jika kerajinan itu ada, pastu aku akan calitkan nota-nota entri tentang kisah cinta mereka di sini. Kalau ada rezeki, kau juga akan bisa tahu tentang cerita Romantisis2 yang aku sebutkan tadi.
=)
Wednesday, October 28, 2009
Kisah Cinta Zaman Romantik
Posted by cekyam at 1:43 AM 3 comments
Sunday, October 25, 2009
Oh ya. Lagi sehari da start Exam Week.
Akhirnya aku kembali semula menaip entri untuk blog usang ni. Haha. Tahpape jek. Time da xde keje barula teringat kat blog ni. Ape-ape jek la. Sedangkan orang lain yang ade internet connection 24/7 pon malas update, lagilah pulak hamba yang kekurangan ni. Silalah paham keadaan hamba yea.
Anyway, assignment da siap, assessment da habis. Tinggal final exam yang berbaki 3 paper tu jek yang tinggal. Selebihnya adalah cuti semester. Alah. 6 minggu je kot. Tak panjang pon.
Papehalpon, untuk sape2 yang terbace entri kecik ni, jangan lupa preparation yek. Sambil-sambil update blog tu, bace-bace lah buku. (terbalik ke statement ni?). Good luck untuk exam. Keep rockin’. Love y’all!
Posted by cekyam at 11:16 PM 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)