CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 17, 2009

Pesanan Seorang Anak Kepada Keluarga Di Kampung

BABAK 1

"Kakak, nanti pesan kat Abah, adik nak pakai duit. Duit yang Abah kirim 2 minggu lepas dah habis. Maklumlah, duduk kat bandar ni memang banyak nak pakai duit."

"Yelah dik. Nanti Kakak bagitau kat Abah. Taknak cakap dengan Abah ke?"

"Tak payahlah. Adik ada benda nak buat ni. Babai."


BABAK 2

[Si kakak membaca pesanan ringkas di handphonenya. Dari si adik yang sedang belajar di kolej.]

"Kak, apsal lambat sangat nak kirim duit ni? Dah takde duit sangat ke sampai tak dapat hantar duit?"

- Abah masih membanting tulang setiap hari di kedai makan yang diusahakannya.

- Mama setia membantu Abah. Melayan kerenah pelanggan

- Kakak tak lupa mengurangkan beban kerja Abah dan Mama.

- Si adik merungut tak henti-henti. Duit yang diminta belum kunjung datang. Lantas menghantar pesanan pendek dek kerana marah.


Aku seorang anak. Kau juga seorang anak. Fikir-fikirlah. Kita juga bakal jadi Abah dan Mama.