Ya. Aku sedia maklum dan kau juga sedia tahu romantik selalu diletakkan bergandingan dengan cinta dalam banyak frasa. Barangkali penulis berkaitan sengaja. Siapa tahu. Tapi, pernah tak kau tahu kisah-kisah cinta zaman romantik?
Ya. Zaman Romantik dalam konteks sejarah muzik. Konteks yang punya Robert Schumann, Franz Schubert dan Hector Berlioz sebagai karakternya. Sesungguhnya, kalau bukan kerana subjek Music History 2, aku pun tak akan tau tentang kisah mereka. Kerna itu juga, tatkala sahabat aku yang juga bakal pendidik seperti aku bertanyakan tentang Schubert Serenade, aku jadi nanar sebentar. Ia, dia tahu tentang Schubert dan juga Tchaikovsky, ikon muzik bumi Rusia itu.
Pkoknya, memang benar. Bahawasanya aku suka dengan kisah cinta mereka. Tak mengapa, jika kerajinan itu ada, pastu aku akan calitkan nota-nota entri tentang kisah cinta mereka di sini. Kalau ada rezeki, kau juga akan bisa tahu tentang cerita Romantisis2 yang aku sebutkan tadi.
=)
Wednesday, October 28, 2009
Kisah Cinta Zaman Romantik
Posted by cekyam at 1:43 AM 3 comments
Sunday, October 25, 2009
Oh ya. Lagi sehari da start Exam Week.
Anyway, assignment da siap, assessment da habis. Tinggal final exam yang berbaki 3 paper tu jek yang tinggal. Selebihnya adalah cuti semester. Alah. 6 minggu je kot. Tak panjang pon.
Papehalpon, untuk sape2 yang terbace entri kecik ni, jangan lupa preparation yek. Sambil-sambil update blog tu, bace-bace lah buku. (terbalik ke statement ni?). Good luck untuk exam. Keep rockin’. Love y’all!
Posted by cekyam at 11:16 PM 2 comments
Tuesday, September 15, 2009
Abang, Adik, Ibu dan Ayam Goreng.
Waktu itu,
Sore pertengahan Ramadhan.
Abang berkemas-kemas mahu pulang ke kolej.
Cuti separuh purnama di kampung sudah tiba ke garisan penamat.
Abang terhidu bau ayam goreng di ruangan dapur.
Lalu terpacul kata-kata keinginan.
Lantas Ibu mencapai bekas mengisi ketulan daging ayam
Yang siap bergoreng.
Entah kenapa, Abang terlupa akan ayam goreng keinginannya.
Tapi abang sudah bertolak pergi.
Sedang mengemas,
Ibu terlihat bekas berisi ayam goreng untuk Abang.
Sayu di hati terasa,
Tatkala ibu berkata;
"Ibu sanggup tak makan makanan yang Abang tinggalkan hinggalah hari dia
kembali semula ke mari. Biarlah basi. Ibu tak sampai hati."
Maka Abang lantas dihubungi,
Oleh si Adik yang diselubungi rasa sayu di hati.
Abang, cepatlah pulang ke mari.
Adik tahu, abang masih belum jauh lagi,
Ambillah apa yang Abang tertinggal di sini.
Lalu abang pun kembali.
Ayam goreng menanti,
Untuk Juadah berbuka nanti.
Adik senang hati.
Dan dia yakin ibunya bisa tersenyum kembali.
Posted by cekyam at 1:24 AM 5 comments
Sepi
Ini entri sepi.
Takde kaitan dengan filem Sepi
Lakonan Nasha Aziz dan Afdlin Shauki.
Pernah tak kau rasa sepi?
Atau mungkin pernah menyepi.
Menyepi dari siapa?
Mungkin dari kawan atau keluarga kau sendiri.
Senyap sunyi.
Sepi.
Tapi,
Hingar bingar pun boleh jugak rasa sepi.
Kenapa.
Sebab kau tak happy.
Sebab kawan kau takde di kanan dan kiri.
Kenapa nak buat-buat sepi
Bila sebenarnya kau nak rasa happy?
Tak perlulah macam tu sekali.
Kalau taknak, cakap je la tak sudi.
Seriously,
Tak payah nak buat-buat sepi.
Yang pasti,
Kau pasti tak rasa happy bila sepi.
Sebab apa?
Sebab kalau kau happy selalunya kau tak rasa sepi.
Itu aku pasti.
Posted by cekyam at 1:19 AM 3 comments
Sunday, September 6, 2009
Weekend2 Yang Seronok.
Puteri-Puteri ODC di atas tangga di luar Bandwagon(sedang menunggu Putera2 ODC bersiap. Ironic gile kan?)
Tengahari. Sebelum masing2 membawa diri ke tempat asal.16hb Ogos. Birthday mak aku. Takde hadiah, tapi aku nyanyikan Birthday Song dalam kereta, same2 dgn Wan, Pjord, Asmaa', Fara, Ammar, Med & Hilmi. Indeed short. But it was sweet.
Ni pulak cerita awal puasa. Walaupun tak dapat sambut awal puasa dengan keluarga di kampung, aku tetap hepi. Sebab, for the first time aku berjaya jejak kaki kat masjid Al-Hidayah dan menunaikan solat Isyak & Terawikh di sana. Alhamdulillah. Konon2 excited, aku bantai roti naan dengan ayam tandoori di kala pertama kali bersahur.
Walaupun minggu pertama Ramadhan agak mandom dan tawar, Alhamdulillah aku dikurniakan kesihatan dan dapat berpuasa setiap hari, plus diberikan jugak kesempatan waktu untuk berterawikh setiap malam. Syukur.
28 Ogos - 1 September 2009
Kenapa Batu Pahat? Kerna aku pulang ke kampung! Akhirnya. Walaupun aku ponteng lagi kelas pagi Sabtu, aku rilek je. Sebab aku yakin, weekend kali ni pasti seronok. No worries. Ditambah pulak dengan cuti Merdeka yg jatuh pada hari Isnin, dan jugak kelas hari Selasa yg hanya bermula jam 5 petang, aku dengan bergayanya menghabiskan 5 hari 4 malam di kampung halaman. Sangat stylo. Kan?
5 September - 8 September 2009
Lokasi : Batu Pahat, Johor
Maka berakhirlah entri kali ini. Secara idealnya, di penghujung setiap kegembiraan, sepatutnya diserikan dengan kesyukuran. Kerna itulah Rahmat kurniaan dari-Nya.
Alhamdulillah, Syukur.
Posted by cekyam at 2:15 AM 4 comments
Sad Melancholy of Hate.
Posted by cekyam at 2:10 AM 3 comments
Wednesday, June 17, 2009
Pesanan Seorang Anak Kepada Keluarga Di Kampung
BABAK 1
"Kakak, nanti pesan kat Abah, adik nak pakai duit. Duit yang Abah kirim 2 minggu lepas dah habis. Maklumlah, duduk kat bandar ni memang banyak nak pakai duit."
"Yelah dik. Nanti Kakak bagitau kat Abah. Taknak cakap dengan Abah ke?"
"Tak payahlah. Adik ada benda nak buat ni. Babai."
BABAK 2
[Si kakak membaca pesanan ringkas di handphonenya. Dari si adik yang sedang belajar di kolej.]
"Kak, apsal lambat sangat nak kirim duit ni? Dah takde duit sangat ke sampai tak dapat hantar duit?"
- Abah masih membanting tulang setiap hari di kedai makan yang diusahakannya.
- Mama setia membantu Abah. Melayan kerenah pelanggan
- Kakak tak lupa mengurangkan beban kerja Abah dan Mama.
- Si adik merungut tak henti-henti. Duit yang diminta belum kunjung datang. Lantas menghantar pesanan pendek dek kerana marah.
Aku seorang anak. Kau juga seorang anak. Fikir-fikirlah. Kita juga bakal jadi Abah dan Mama.
Posted by cekyam at 10:07 PM 3 comments


.png)
