CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 17, 2009

Pesanan Seorang Anak Kepada Keluarga Di Kampung

BABAK 1

"Kakak, nanti pesan kat Abah, adik nak pakai duit. Duit yang Abah kirim 2 minggu lepas dah habis. Maklumlah, duduk kat bandar ni memang banyak nak pakai duit."

"Yelah dik. Nanti Kakak bagitau kat Abah. Taknak cakap dengan Abah ke?"

"Tak payahlah. Adik ada benda nak buat ni. Babai."


BABAK 2

[Si kakak membaca pesanan ringkas di handphonenya. Dari si adik yang sedang belajar di kolej.]

"Kak, apsal lambat sangat nak kirim duit ni? Dah takde duit sangat ke sampai tak dapat hantar duit?"

- Abah masih membanting tulang setiap hari di kedai makan yang diusahakannya.

- Mama setia membantu Abah. Melayan kerenah pelanggan

- Kakak tak lupa mengurangkan beban kerja Abah dan Mama.

- Si adik merungut tak henti-henti. Duit yang diminta belum kunjung datang. Lantas menghantar pesanan pendek dek kerana marah.


Aku seorang anak. Kau juga seorang anak. Fikir-fikirlah. Kita juga bakal jadi Abah dan Mama.

Thursday, May 28, 2009

Perihal Tag Oleh Cik Nadzrah.

Entri ini didahului oleh gambar Eto'o, Henry dan jugak Messi dek kerana kemenangan Barcelona semalam. Serius beb, mereka buat aku tersenyum sepanjang malam. Kepada Faizal dan Linet, semoga lain kali kita boleh senyum sama-sama dalam kepuasan di lain hari. Senyum puas dalam konteks ini adalah berkaitan bolasepak ye. Takde unsur lain. Jangan sengih-sengih. Pukul kang!

 

- messi, henry & eto'o -

(senyum oke, kamu champion liga juara-juara Eropah!)

=)


Oleh itu, sebermulalah ceritera tag ini.

Tersebutlah kisah…


1. What is the most important thing in your life?

- KELUARGA & KAWAN-KAWAN

 

2. What is the last thing that you bought with your own money

- REVIVE 150ml+10ml

 

3. Where do you wish to get married?

- JOHOR, MALAYSIA. (takmo jaoh2)

 

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

- TAK PAHAM SANGAT. SO TAKNAK JAWAB. BOLEH KAN?

 

5. Are you in love?

- NOT QUITE. (haishh)

 

6. Where was the last restaurant you had dinner?

- KEDAI MAMAK KAT CARREFOUR BATU PAHAT.

 

7. Name the latest book that you bought?

- HOW TO TEACH SPEAKING (tak ingat sape tulis)

 

8. What is your full name?

- SITI MARIAM BT MOHAMMAD ILIYAS

 

9. Do you prefer your mother or father?

- BOTH! GILE APE NAK PILIH-PILIH. TAKNAK AKU. AKU SAYANG DUA-DUA OKE?

 

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

- ERR, TAK PASTI.

 

11. Christina or Britney?

- CHRISTINA BEBEH!

 

12. Do you do your own laundry?

- YA, SAYA PASTI. SAYA TAK PERLUKAN TALIAN HAYAT.

 

13. The most exciting place you want to go?

- HOKKAIDO, JAPAN. NAK PANCING IKAN.

 

14. Hugs or kisses?

- HUGS - PELUKAN - HAHA =)

 

15. Point out 5 things about the person who tagged you.

- ORANG JOHOR

- SAYANG KUCING DIE, KUCING ORG AKU TAK PASTI

- TABAH MEREMPIT DARI MELAKA BALIK JOHOR

- BARU BELAJAT MENJAHIT

- AJAK AKU JALAN-JALAN DI KALA CUTI SEM

 

16. 3 things I am passionate about

- TV

- WARNA MERAH (kecuali setan merah a.k.a RED DEVILS)

- BAHASA JEPUN

 

17. 3 things I say too often

- BEB/BABE

- PUKUL KANG!

- HAHA.

 

18. Book I’ve read recently

- XDE. BTOL. TAK TIPU

 

19. 8 songs I could listen to over and over again

- TSUBOMI - KOBUKURO

- HOLDING BACK THE TEARS  - TVXQ

- TAXI - TVXQ

- キミ+ボク=LOVE - テコマス)

- 白色風車 (WHITE WINDMILL) - JAY CHOU

- SELIMUT HATI - DEWA

- DEAR GOD  - AVENGED SEVENFOLD

- LIE (거짓말) - BIG BANG

 

20. 3 things I learned last year

- PERIHAL TINGGAL DI RUMAH SEWA

- TULISAN JEPUN

- MEMANDU KERETA DENGAN SELAMAT

 

21. 8 people to tag

- SATU HINGGA LAPAN (takde idea nak tag sape)

 

Alright kawan-kawan, aku suda mau tido. Nadzrah, terima kaseh sebab tag aku. Jom jalan-jalan! Hehe. InsyaAllah kita jumpa lagi di lain masa. Terima kasih, jumpa lagi! )Bai-Bai! =)


- aku dedicate gambar ni untuk semua penyokong Barca, especially Mohamed Abd.Aziz - 

(aku gembira gila MU kalah, oops! I mean Barca menang! ) 

Wednesday, May 27, 2009

2 Days 1 Night; buat aku tergelak.


Penah layan KBS World tak? Channel 303 kat Astro (mcm2 ada). Generally channel ni merupakan sebuah channel Korea. Best la jugak. Sejak2 berkenalan dengan encik2 artis Korea yang sangat panas (hot), hensem dan jugak sejuk (cool) tuh, aku layan la jugak channel ni. Selalunya layan tv show yang ada artis-artis serta host rancangan yang sangat best dan gila. Tapi serius best.


Aku nak promote satu show kat KBS World neh. Hari Rabu, kul  11.30 p.m. Tajuk seperti di atas. Aku tak berapa ingat sejak bila aku suka sangat show ni, tapi yang penting rancangan ni memang bisa mengubah mood aku yang suam-suam kuku kepada sizzling hot. Serius beb.

 

Disebabkan aku jarang sangat jumpa orang-orang laen yang sekutu dengan aku untuk layan cite nih, aku selalu je tengok sorang2. Sebagai contoh bila kala aku tgk tv kat kolej. Konfirm aku layan sorang. Mungkin sebab orang lain tak layan KBS World kot. Biarlah. Tapi pokok pangkalnya, everytime aku tengok show neh, konfirm aku bantai gelak sorang-sorang. Tapi memang puas. Seronok beb!


- emcee2 rancangan ; Lee Su-geun, Kim C, Kang Ho Dong, Mc Mong, Lee Seung-Ki, Eun Ji-won 


Emcee2 dalam show ni memang sangat cool, tapi sangat natural dalam mengembang-kempiskan diafragma aku untuk terus bergelak ketawa tanpa segan. Aku rasa diorang cool jek, takde pun separuh mati buat lawak spastik untuk buat orang gelak. But still, very the seronok.

 

Serius beb, try la skali-skale layan show ni. Best amat. Serius tak tipu. Ingat tau, Rabu, 11.30 p.m., channel 303, Astro. Tonton-tontonlah, dan selamat bergelak ketawa!


p/s : aku nak layan bola. go Barca bebeh!

Monday, May 25, 2009

MMS

Perkara MMS ini tidak ada kena mengena dengan multimedia message system oke? Jika kalian kurang mengerti, sila rujuk entri-entri sebelum ini.

 

All in all, sesi pendaftaran ok, aktiviti allright, LDK kacak bergaya, cuma aktiviti makan semakin berkurangan jika dibandingkan dengan waktu aku berkursus dulu. Agak janggal la untuk menyesuaikan perut dengan keadaan ni. Haha. Gurau saje.

 

Sepanjang MMS nih, 2 birthday prank telah dijalankan. Yang pertama memang berjaya dengan hensem, namun yang kedua agak kureng berjaya. Mengapa? Biarlah menjadi rahsia. To Afiq Faliq, selamat membesar. Seriously, muka si Afiq ni memang tak boleh blah saat dia di'lecture' oleh Peja. Good job la Peja. Ko memang boleh berlakon despite of your look yang very the 'nice and kind and jujur'. Actually aku pun terkesan dengan lakonan korang. Good job lahh!

 

Except for tragedi tangan one of the news students yang bengkak lepas aktiviti riadah, aku rasa semua ok saje. MMS Long Course menanti dengan banyak lagi cabaran dan dugaan. Dan mungkin jugak ada prank-prank untuk birthday boys and girls. Banyak dah aku merapu tentang perihal MMS ni. Tapi oke lah. At least berisi jugak blog aku. Untuk kawan-kawan semua, selamat bercuti. Semoga kita jumpa lagi di lain entri. C ya! =)



- borang penilaian untuk pembantu mesra siswa. sweeeet! -


- another one. sweeeeet jugak! -


Secebis Ingatan di kala MMS (BABAK 3.5)

16 Mei

Hari terakhir kursus. Tengah ahli-ahli group aku sibuk berbincang, alih-alih beberapa nama dipanggil, nama aku first pulak tu. Very the misteri. Kan? Round first faci panggil secara berkumpulan. Lepas sesi bertanya dan menjawab, kami dilepaskan semula ke bilik seminar. Tak lama lepas tu aku kena panggil secara solo pulak. Time ni la ada juri tambahan di kalangan faci. Banyak jugak la kena tanya. Aku pulak, as always menjawab semua tikaman, tujahan dan tembakan soalan-soalan dari mereka dengan sejuk (cool).

 

Episod final ialah aku terpilih jadi naib penghulu 1. Macam nak gelak pun ada. Takut memang dah confirm. Dah la first time join, alih-alih dapat tanggungjawab besar camni. Agak la seram. Tapi as always, aku sejuk (cool) jek. Asalkan ada guidelines, aku semua betul (allright) sajek. Hihi. Peja yg first timer pon tidak kurang hebatnya apabila diiktiraf menjadi penghulu. Heheh. Go Peja! Oh ye, tak lupa Syamim yang memegang rekod sebagai naib penghulu 2 yang termuda. Pergi (Go) Syamim! 

 

So, esok bermula tugas sebagai PM. Good luck untuk semua. Jumpa lagi! =)

Sunday, May 24, 2009

Entri tanpa bebelan. Hanya senyuman.



v(^o^)v v(^_^)v

Secebis Ingatan di kala MMS (BABAK 3)

Elegance. 

Itulah nama group aku yang actually terpacul dari mulut aku sementelahan kami semua didesak untuk bagi nama kumpulan dalam masa kurang 2 minit. Motif? Entah. Aku sendiri tak pasti. Kepada semua ahli-ahli kumpulan, aku mintak ampun. Lainkali sila tutup mulut aku jika ada apa-apa arahan memberikan nama kumpulan.


15 Mei. 

Hari kedua ni banyak jugak la aktiviti. All in all aku seronok. Walaupun kaki aku masih sakit dek ditimpa bucu meja semalam (adoi) aku gagahkan jugak demi perjuangan budak-budak group aku. Go elegance! D'Nature's Lover merupakan nama kelab konon-konon yang group aku invent. Berbekalkan semangat untuk bangkit semula, aku dengan penuh semangat dan yakin mem'present'kan details mengenai kelab ciptaan group aku. Good job, bak kata faci-faci sekalian. O yeah bebeh!

 

Malam tu plak upacara explorace. Ketua faci bagitau ada insiden yang agak-agak berbahaya pada malam tu yang berkemungkinan mengugat keselamatan kami semua, tapi budak-budak ni cool je, siap ada yang kata ianya hanyalah lakonan semata-mata. So aku pun haruslah berlagak cool jugak. Kan? Oh ya, hari ni group aku dapat sorang ahli baru. Presenting Hazwan Hariz Khirjuari, ALG12. Boleh tahan la jugak si Hazwan nih. Orang Johor jugak, same macam aku. And the best part is, muka dia ala-ala Cina sikit. I like! =P

 

Disebabkan group aku antara yang awal berjaya habis mengexplore dan menyiapkan puzzle, so kami semua pun lepak-lepak sambil makan roti yang agak kurang berperasaan kat sebelah library. Seronok jugakla layan budak-budak ni. Tapi the best moment bagi aku ialah masa kami semua dalam bas on the way balik dari INTEC ke Cemara Akasia. Cool gila. Sampai skarang ni pun aku masih teringat-ingat lagi momen tersebut. Sangat signifikan la bagi aku. Tssk~



- upacara makan-makan sambil berehat lepas explorace -



- kami, on the way back to Cemara Akasia -



- ni la Hazwan Hariz. heheh -


Kalau semalam aku balik bilik dalam keadaan bawah (down), hari ni pulak aku seronok gila. Tambahan pulak, group aku berjaya menjuarai beberapa aktivitas yang dijalankan sepanjang hari tersebut. Gila tak seronok, kami berjaya bangkit oke?! So, entri ni akan berakhir di sini. Sila nantikan entri seterusnya ya. C ya!