CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 24, 2009

Secebis Ingatan di kala MMS (BABAK 2)

14 Mei. 

Aku rushing dari rumah Hani untuk registration kursus PM. Nasib la sempat daftar sebelum waktu tamat. Sharifah, Anis & Meklin pun turut mendaftarkan diri. Lepas taklimat ringkas, peserta diarahkan solat Asar, siap diri dan pegi riadah jam 5.30. Nak dijadikan cerita, Meklin plak terpaksa buat clearance petang tu, akibat kewujudan isu dengan Pn.Ruby; bukan nama sebenar (nama sebenar dia ialah Ruby bt Hashim). So akibatnya kami semua terlambat sikit pegi riadah. Tapi takdelah kena denda teruk-teruk pun. Oh, by the way, Sharifah terkena sepakan bola tatkala tiba kat dataran Cemara. Very the kurang bernasib baik. Lepas lari-lari, baling-baling bola serta melompat-lompat dalam kadar yang masih boleh diterima akal, riadah pun habis.

 

Lepas makan dan sebagainya, ada ceramah sikit, lepas  tu start ice-breaking. Aku sebenarnya paling tak gemar upacar ice-breaking dalam apa-apa juga program. Kadang-kadang tu rase cam fake gile pun ade jugak. Tapi nak buat camne kan, dah benda tu memang ramai orang praktikkan, so layankan je lah.

 

Alkisahnya sebelum start ice-breaking, satu tragedi terjadi. Aku ni konon-konon nak membantu mengangkat meja, tapi ape yang jadi ialah meja tersebut jatuh dan bucu meja tu jatuh betul-betul atas kaki aku. Memang secukup rasa lah. At first oke lagi, even time Mr.Kesh tanya 'is it bleeding?' aku dengan muka coolnya jawab 'tak,I'm ok'. Tak lama lepas tu kaki aku dah start berdarah, dan akibatnya sampai hari ni kaki aku masih belum recover 100% dari bengkak dan sengal serta sakit.

 

Dalam aktiviti ice-breaking tu, aku pun start la mengenali budak-budak INTEC ni. Actually diorang pun macam manusia biasa jugak. Takdelah nerdy jek sepanjang masa. Haha. For those yang ade kaitan dengan INTEC sila jangan berkecil hati dengan statement ni, oke?

 

Banyak lagi nak tulis actually. Tapi malas. Oh ya, sebelum aku ditelan oleh virus malas yang agak-agak menggila ni, one thing yang aku tak boleh lupa pasal kursus ni ialah makanan yang amat banyak dan diberikan dalam kuantiti yang sangat mewah. Cuba bayangkan, sehari 6 kali makan; sarapan, minum pagi, lunch, minum petang, dinner & supper. Biskut kering atau kuih yang takde perasaan memang takde signifikannya dalam konteks pemakanan kami time kursus ni. Banyaknya kuantiti makanan tu sampaikan kami berkata 'makan lagi?' sambil buat muka keliru dan tangan memegang perut yang konon-kononnya penuh bila tiba waktu makan seterusnya. Memang very the banyak, sedap dan…..banyak.

 

Oke, kuman malas dah mula menular. Nanti aku sambung lagi. C ya.

Secebis Ingatan di kala MMS (BABAK 1)

 Pada mulanya, memang aku mengaku aku nak sangat join perkara MMS ni sebab nak stay kolej. Ditambah plak dengan sokongan Sharifah & Anis yang berbaik hati amikkan borang untuk aku, aku pun jadi lebih semangat nak join. Tapi ikhlas tu masih belum berapa ada la dalam hati. Serius beb. Fokus utama ialah nak stay kolej. Itu pokok pangkalnya.


Tak berapa lama lepas hantar borang, aku tunggu-tunggu jugak panggilan dari admin HEP INTEC. Tapi perkara tak bestnya ialah aku still jugak tak dapat panggilan walaupun pada masa sama rakan-rakan seperjuangan dah pun berjaya dihubungi oleh admin.

 

11 Mei. 

Meeting untuk mereka-mereka yang terpilih untuk jadi PM (Pembantu Mahasiswa oke,bukan Perdana Menteri). Dengan harapan tinggi membukit untuk melihat nama terpapar di kalangan mereka-mereka yang terpilih, aku pun pegi la meeting dengan jayanya. Ditemani Ramzi yang tak letih-letih bagi kata semangat kat aku, aku try la cari nama aku kat attendance list. As expected, even dah berkali-kali aku belek-belek list tu, nama aku memang takde. Mental dah koyak sikit time tu. Berbekalkan sokongan Ramzi untuk aku jumpe sorang wakil admin HEP kat situ, aku pun dengan tak malunya meminta (or actually sedikit merayu) untuk join perkara MMS nih. Nak dijadikan cerita, nama member aku; Syafrein ada 2 kali, so aku konon-konon mintak supaya aku replace name Syafrein yang alih-alih ada 2 kali tu. Macam desperate gile je kan? Tapi memang aku desperate pun. Nak stay kolej punya pasal. Haha.

 

Papehalpon, setelah episod drama yang pendek mengalahkan siri Kisah Benar kat TV3 tu, aku pun berjaya menjoinkan diri. Gembira kot. =) Ramzi, ko memang main peranan di kala aku hampir give up untuk join perkara MMS neh. Time kasih banyak weh!

 

Oke, entri sambungan akan mengisahkan momen-momen di kala Kursus PMMS (bukan Pre-Menstrual Syndrome). C ya latr bebeh!

Entri sepanjang cuti semester

Akhirnya aku balik jugak ke rumah aku yang seronok kat bumi Johor nih. Di kala orang lain dah tak daya nak bernafas kat rumah sendiri dek kerana keboringan dan ketidaktahuan untuk berbuat apa di kala cuti sem, aku baru jejak kaki kat rumah. Hooray untuk aku.


- gambar ni takde motif pon sebenarnya -
- actually aku try cari gambar rumah tapi tak jumpa -

 

Lepas dikira-kira, (takde tolak bahagi dan darab sebab aku lemau gile bab matematik) aku ada 4 minggu kat rumah. 20 atau 21 Jun aku akan balik semula ke Shah Alam. Banyak keje kot.

 

Oh ya. Disebabkan aku dah lama gila tak update blog kesayangan ni (cet. kesayangan lah sangat), entri-entri seterusnya adalah cerita-cerita yang dah lepas. Kebanyakan dari entri tu akan jadi hasil reminiscence aku berikutan banyak benda dah jadi sebelum aku balik rumah ni. Aku memang malas gila nak update sebab takde internet connection. Tu je sebenarnya.

 

Oke. Aku nak siap-siap untuk pegi kenduri kawen. Well, hari Ahad. Harus-haruslah banyak kenduri kawen dan jugak makanan free. Walaupun aku bagi alasan aku dah kenyang makan nasik dengan sambal telur tadi, mak aku tetap jugak insist aku untuk temankan dia. Takpelah, pegi je la. Bukan rugi pape pon, ye tak? Mana tau ada perkara-perkara yang seronok menanti aku kat sana. Sape tau.. Kan? Okeh. Jumpa lagi di entri seterusnya.

Tuesday, May 12, 2009

Setelah Hampir Setengah Tahun..

Assalamualaikum W.B.T..

Setelah hampir setengah tahun aku tak update blog neh, akhirnya aku kembali
menari-nari bersama entri pertama untuk tahun 2009. [omaigod. entri pertama tu..!]
Gila lama x update blog. Nasib kao lah blog. Muahaha!Antara insan-insan yang begitu ikhlas memberi sindiran dek blog yang dah berhabuk hampir seinci tebalnya, seperti Nurul dan Herne-Oh!..aku akhirnya akur.

Sepanjang peninggalan aku dalam dunia blog yang takde sempadan ni, banyak rupanya dah berlaku. Sakinah, sahabat aku dah semakin aktif dengan tinta-tinta emasnya di blog beliau. Memang best dijadikan santapan kala kepala serabut dengan tuntutan2 kerja yang macam si*l.Way to go Girl! Kadang2 tu aku pelik jugak, mungkinkah sebab aku tak layan blog aku jadi tak alert dengan perkembangan member2 aku. Korang bayangkanlah, hanya lepas berbulan-bulan 2 member aku ni kapel, baru aku tau. Tu pun nasib aku tanye jijot* [bukan nama sebenar]. Kalau tak ntah2 sampai hari ni aku tak tau. Teruk btol. Ampun wahai teman2ku. Bukan sengaja. Betul, tak tipu.

Ape lagi eh.. Oh ya. Lupa nak bagitau. Pada saat aku menaip entri ni aku dan kawan-kawan da habis final exam. Dah masuk cuti sem la kiranya ni. Aku pulak tak balik kampung lagi. Sibuk dengan kerja dgn training management, pastu bakal sibuk pulak dengan aktiviti-aktiviti sebagai Pembantu Minggu Mesra Siswa INTEC. Wah. Kaliber yang amat. Sungguh tak boleh blah.

Sepanjang cuti ni plak, aku belum terfikir ape2 yg nak dibuat. Berjalan-jalan sekitar Malaysia bersama teman barangkali. Tengoklah dulu macam mane. Masa memang ade, tapi kalau ongkosnya tiada tidak berguna juga. Ye tak?

Oh. Tadi baru usha blog Herne-Oh!.. Dah dpt job baru nampaknya. Hehe. Baguslah Hern. Semoga kau terus berjaya pasni. Pastu usha plak blog Sakinah. Ade gambar aku! Ho yeah! Terus bersemangat aku nak update blog. Gile tak? Untuk Kinah, ampun dipohon. Bukan aku taknak teman ko pegi jalan-jalan. Tapi aku pun sibuk sekarang ni. Ampun lagi.

Malam ni terasa mahu berjalan-jalan dengan Saripah Hani. Konon-konon celebrate birthday. Tapi taktaw la. InsyaAllah plan akan diteruskan. Apehalpon, aspek penjimatan tidak pernah aku lupakan. Instead of menggunakan pengangkutan awam berbayar, aku dari awal lagi dah berazam nak naik bas INTEC jek. Sebab nk gi lepak kat Seksyen 18 je kot. Bas free dah ade, gune je lah. Kan?

Oke. Jari-jemari dah sejuk dan hampir kejang sebab kesejukan bermastautin dalam labcom library. Jam dah memnunjukkan pukul 6.07 p.m. Jap lagi nak balik. Kalau takde ape2, nanti aku update lagi. Mungkin dalam masa terdekat ni ada cerita2 seronok berkaitan Minggu Mesra Siswa bebudak INTEC. Nantikan yea..


Untuk rakan, teman, sahabat, member dan yang sewaktu dengannya, selamat bercuti. Jangan lupa solat, dan jangan buang sampah merata-rata. Jumpa lagi!

Thursday, November 27, 2008

Tagged #2

1. Ciri wanita/lelaki idaman anda.


Lelaki [oh.haruslah]
Muslim
Ade background pendidikan yang baik
Background keluarga yang baik
Pandai berfikir dengan sebaik-baiknya
Pandai jaga diri dan keluarga
Kelakar. [wink*wink*]

2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.

Umar Othman bin Mohammad Iliyas
Mohd.Faiz bin Ahmad
Mohammad Iliyas bin Basri
Prof.Madya Dr Jelani Sulaiman
Uchujin-san [name sebenar perlu dirahsiakan.]
Muhammad Fadhli bin Rashid
Jack Black [muahaha]

3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati

Tudung senget
Susah nak bernafas seperti biasa
Sukar untuk berhenti senyum
Sibuk fikir dialog yang ideal [tapi tak terkeluar pon]
Rasa di awang-awangan [serius beb.bahagia ya ampun]
Rase jadi orang lain. I mean, perangai jadi lain sikit. Cover anggun kot.
Perasaan yang best. Senang crite.

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

Kundasang, Sabah
Tanjung Leman, Johor
Okinawa, Jepun
Hong Kong, China
Tokyo, Jepun
Pasar Malam [anywhere. I don't mind bebeh]
Rumah semua saudara-mara

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda

Kereta
PSP
LCD TV
Tiket melancong ke Okinawa, Jepun untuk 2 orang
Baucer makan free di restoran kegemaran
Sijil Simpanan Premium bernilai RM _ _ _,_ _ _. [sile isi sendiri mengikut citarasa]
Baucer Set Lengkap Perkahwinan [nah.amik kau]

6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda

Everything - Michael Buble
Always Be My Baby - David Cook
N/A
N/A
N/A
N/A
N/A
[later on akan diupdate. takde idea]

7. 7 rakan untuk di-tag.

Seperti biasa.
1-7 : Sesiapa yang rase nak buat perihal menjawab soalan diatas.


p/s : Nadzrah. Tenqs a million sbb tag aku. U rawks bebeh!
  

Tuesday, November 25, 2008

Oke. Aku kena tag ngan Nadzrah. So buat jek lah. At least berisi gak blog aku. =)
1. What is the relationship of you and him/her?

Em, kawan lah kot.

2. Your 5 impressions towards him/her.
Thinker, suke ikot kawan[kot], rajin blogging, anak mak, suke bace novel.

3. The most memorable things he/she had done for you.
Touched my heart. Wuwu~

4. The most memorable things he/she have said to you?
"...Jangan lupe doakan aku skali.."

5. If he/she become your lover, you will...
Love him and him and him and him. Seriously.

6. If he/she become your enemy, you will...
Gigit hidung die. Cabut telinga die. Bakar rumah die. Padan muke.

7. If he/she become your lover, he has to improve on...on his/her
Perangai suke ikot kawan.
Takyah perasan hot.
Hargai mase silam.

8. If he/she become your enemy, the reason is/are...
He touched my heart and smashed it into pieces.
        He promised me the world but give me nothing.

9. The most desirable thing to do on him/her is?
Given a chance to prove my deepest feeling towards him. [haiyaa~]

10. The overall impression of him/her is...
Aku suke kao. So what?

11. How do you think the people around you will feel about you?
Ape-ape saje. Tak terkesan. Wekwek.

12. The character of you for yourself is?
Hati Kering. Forgive but never forget, even the tiniest thing. So-not-a perfectionist.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Penangguh masa terlatih.

14. The most ideal person that you wanna be is?
Mama. Datuk Noraini Ahmad.

15. For the people who likes you, say something about them.
O really? I like u too bebeh. Jom lepak!

16. Ten people to tag:
1-10 = anyone who feels like doing this. Thanks.


Sunday, November 16, 2008

Sejenak di Fikiran.

Berita Harian Online, 17 November 2008.

Oleh Mohd Zamri Shafie.

"...Wahai anak muda, ingat pesan orang tua, ‘jika ingin melakukan sesuatu yang tidak baik, jangan fikir sekali, fikir dan perhalusi 1000 kali.; Hari ini orang tidak nampak dan tahu apa yang kita lakukan, tetapi Allah Maha Mengetahui. Jadikan diri kita mukmin sejati yang tahu di mana kebaikan perlu dilakukan dan keburukan perlu dijauhi..."

MENGGELETAR seluruh tangan ketika menandatangani borang permohonan nikah bagi tujuan sokongan dan pengesahan. Menggeletar seluruh tubuh apabila mengetahui pemohon perempuan sudah hamil sebelum akad ijab kabul. 

Inilah ‘sedikit’ gangguan emosi dan perasaan tatkala terlihat wajah ceria anak muda seolah-olah perlakuan zina antara mereka tidak pernah berlaku. Seorang bapa mengeluh penuh kehibaan dan kesedihan tatkala mengetahui anak remaja perempuannya terjebak dengan zina dan hamil empat bulan.


Wajah ibu dan ayah menggambarkan kepiluan, di mana hendak diletakkan muka apabila maruah dicemari perlakuan anak. Malangnya, zina atau seks sebelum nikah menjadi fenomena biasa dalam masyarakat Islam hari ini. 

Islam memberi ingatan bahawa malapetaka dahsyat bakal menimpa generasi muda yang terhasil akibat perlakuan zina. Syahwat seksual dan zina adalah seperti dadah dan kegilaan harta material, boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika anak Adam punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati).” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Demikian juga perihal nafsu syahwat, penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawat. 

Sebelum menjadi lebih parah kerana zina akan merosakkan keturunan manusia, Islam hadir dengan kaedah sad al-zara ei’ (menutup pintu) supaya segala kebejatan zina dihindari dan dijauhi. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah perbuatan yang keji dan jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Isra’, ayat 32) Larangan zina yang digunakan dalam al-Quran seperti, “Jangan kamu mendekati zina” bukan “'Jangan melakukan zina”, menegaskan bukan hanya perzinaan dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah perlakuan itu perlu dijauhi. 

Contohnya, memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita atau berdua-duaan dengan bukan mahram. 

Kecelakaan penzina turut dirakamkan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur dalam neraka mengganggu ahli neraka kerana sangat busuk.” (Hadis riwayat al-Bazzar)

Antara sifat orang mukmin ialah menjaga kemaluannya daripada zina kerana perbuatan itu termasuk dalam dosa besar di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh. Etika berpakaian juga harus dititikberatkan. Pakaian Muslimah wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang daripada dorongan berahi kerana aurat yang tidak ditutup dengan sempurna mengundang rogol atau zina. 

Hari ini seakan menjadi aliran kebanyakan pakaian generasi muda (ada juga yang berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis. Fenomena seperti itu patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat. Segala yang dikira boleh membawa kepada perzinaan seperti rumah pelacuran, disko dan rumah urut perlu dicegah atau ditutup. Jika tidak, berlaku perkara yang tidak diingini. 

Merujuk buku Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisyam Jilid 2, dinukilkan bahawa Rasulullah SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj memberi gambaran seksa bagi lelaki penzina. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Kemudian aku melihat beberapa lelaki memegang daging gemuk yang bermutu, di sebelahnya terdapat daging kurus yang sudah busuk. Mereka memakan daging busuk itu dan meninggalkan daging gemuk yang bermutu. Aku bertanya kepada Jibril: Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril menjawab: Mereka adalah orang yang meninggalkan wanita yang sudah dihalalkan oleh Allah terhadap mereka (isteri) dan pergi kepada wanita yang diharamkan oleh terhadap mereka.” (Hadis riwayat Ibnu Ishak daripada Said al-Khudri) 

Rasulullah SAW turut memberi gambaran seksaan wanita yang membawa masuk lelaki bukan kalangan anak dan suami mereka. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Kemudian aku melihat beberapa wanita yang digantung dengan payu dara mereka. Aku bertanya kepada Jibril: Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril menjawab: Mereka adalah wanita yang membawa masuk lelaki yang bukan daripada kalangan anak, suami mereka (bukan mahram).” (Hadis riwayat Ibnu Ishak daripada Said al-Khudri) 

Ibnu Ishak berkata: “Jaafar bin ‘Amru berkata kepadaku dari Qasim bin Muhammad bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah terlalu murka terhadap wanita yang membawa masuk ke atas ‘kaum’ (rumah tangga suami), lelaki yang bukan daripada kalangan mereka, kemudian dia memakan harta dan melihat aurat mereka.” 

Wahai anak muda, ingat pesan orang tua, ‘jika ingin melakukan sesuatu yang tidak baik, jangan fikir sekali, fikir dan perhalusi 1000 kali.; Hari ini orang tidak nampak dan tahu apa yang kita lakukan, tetapi Allah Maha Mengetahui. Jadikan diri kita mukmin sejati yang tahu di mana kebaikan perlu dilakukan dan keburukan perlu dijauhi. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang rasa gembira dengan amalan baik dan rasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri mukmin sejati.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Wahai sahabat, wahai teman, wahai saudara...

Di kala umur masih muda...

Di kala hayat masih ada...

Ingatlah siapa kita. Jangan pernah lupa pada-Nya...

Bahagia bukan selamanya...

Jangan biar diri alpa, lalai dan leka.

Saat dinanti akan tiba, tak siapa menyangka, tak siapa menduga...

Ingatlah.

Renunglah.

Fikirkanlah.