CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, September 28, 2008

Ramadhanku. Juadah Buka Puasaku.


Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan bernafas di bulan suci ini. Well, my first sahur and berbuka was at home. Ho Yeah! Seronok btol dapat bersantap dengan family. And before pulang semula ke bumi Shah Alam, aku berjaya persuade Mama untuk buat popiah sayur yang aku suka sangat2 tu. Hehe, syok taw menggulung popia sebelum buka. Hoo~


Oh. Dah tiba kat Shah Alam rupenye. Well, rumah sewa takde dapur yang proper, so bantai p bazar lah kan. Nak buat camne. Huhu. Almost everyday lah jugak aku mencari dan membeli juadah berbuka kat bazar Ramadhan SS17. Awal-awal dulu agak kompius laa nak beli ape. Tapi dah kian hari dok merayap kat situ, lama2 dah tak heran dah. Haha. Teringat plak first time beli makanan kat situ. Banyak siot aku beli. Mentang2 lah dah dekat nak berbuka, semua penjual dok sibuk buat promosi. Air 2 bungkus RM3 la, ape la. Aku pun dgn pantasnye membeli juadah sebanyak2 yang boleh. Ala, tapi time tu pun, aku bukan makan sorg. Perut aku tau erti penuh oke? Aku share2 ngan Hani serta ahli2 rumahnya yang laen. So xde la melahap sangat kan? Heheks~

Ape lagi yea.. Oh! Makanan yang aku paling suka ialah popia sayur + karipap sardin. Aku selalu gelaa beli kat gerai makcik nih. Oh terlupe plak, aku suke gak tauhu sumbat kat gerai makcik tuh. Superb siot. 3 pieces for RM1 kot. Walaupun ala2 comel saiz kueh2 tersebut, tapi sedap ya ampun. Serius. Dah banyak2 kali beli kuih kat situ, aku siap puji2 makcik tu. Plus, aku siap promot kat ahli2 rumah aku pasal keenakan kueh kat kedai makcik tu. Tahniah la makcik!

Selaen melahap makanan kat bazar SS17 tu, ade la jugak buka puasa kat tempat laen. Ade sekali tu pegi makan ngan my chickaz; Kinah, Ana, Nurul kat Nando's Bukit Raja. [Siap pinjam moto Moja lagik. Terima kasehh Moja! Laen kali bolehlah patik pinjam lagi yek?! Ehe~]



[tatkala menjamah serba sedikit sebelum melahap Nando's]


[ye Ana, aku upload la gambar ko..]


[ho yeah! tak sempat rotate!]


[uu..HOT kunun. Tak pedas mane pon..]


Pernah gak buka kat Al-Rafi SS18 with Hani, Nabil and Fahmi. Ade sekali tu kat kedai mamak gak; with Herne, Dijah, Azila, Rayner+Chenta hatinya,Fit+Hanim,Wani+Razin[perlu disatukan kerna mereka adlh item]. Aku order kuey tiow tom yam. Sedap tapi bapak pedas. Hoho~



[ Miss Hanim + Encik Fitri. ]


[ Rayner, chenta hati beliau + Cik Azila ]

[ Razzzzin dan Puan Wani. eh salah! Cik Wani. Heh. ]



[ woah. Sedikit Hot. Tapi ampun yea Hern, malas nak rotate. Lalala~]


Pernah gak makan kat KFC ngan Sarah. Time tu bleh plak ayam spicy crunch kat KFC Alam Sentral abes. Nasib la ade KFC kat PKNS. Kalo tidak, ade laa yang kempunan ayam malam tu. Haha..

Cerita2 pasal makan ni, sepanjang Ramadhan ni aku tak sempat pun nak menjenguk Pusat Islam. Teringin bubur lambuk percuma sebenarnya. Hehe. Takpelah. InsyaAllah kalo panjang umur taun depan sempatla kot. 

Hoo~
Panjanglah pule post ni. Haruslah. Pasal makan kot. Hehe.
Salam Ramadhan buat semua!

Tuesday, August 19, 2008

Pulang Kampung, Felda LBJ dan Transnasional 2

Pagi 17 Ogos menampakkan diri.

Bangun tidur. Mandi. Sarapan pagi.
Selesa rasanya menyegarkan diri di rumah Sarah.
Ruang bilik airnya cukup besar.
Puas aku ke sana ke mari.
Segar.

[Jam 11.30]
Aku ke belakang rumah.
Mengerjakan rambutan bersama adik Sarah; Amri.
Dia cukup suka membahasakan dirinya 'Saya'.
Buat aku tersenyum.

Bungkusan rambutan dan pucuk ulam.
Untuk aku bawa pulang.
Makan tengahari. Ikan patin masak tempoyak.
Sedap. Enak. Lazat.
Tanpa sedar, masa sudah menghidupkan enjin untuk meninggalkan aku.

[1.30 petang]
Bagasi dimasukkan ke dalam kereta.
Kereta meluncur laju.
[Selamat Tinggal Felda LBJ!]

Tiba di stesen KTM Nilai.
Sedang aku tercari-cari duit untuk membayar harga tiket,
komuter pun tiba tanpa segan silunya.
Terdengar keluhan dalam hati.
Disertai makian kecil.
Apa boleh buat. Tak ada rezeki.

Menantilah aku disitu.
Masa kian laju merempit meninggalkan aku.
Komuter tidak juga tiba.
Aku menjeling-jeling bungkusan rambutan.
Hati kian risau.

[Jam 2.15]
15 minit sebelum bas berlepas.
Saat itu barulah komuter menunjukkan diri.
Geram. Risau. Susah hati. 
Semua bertelagah sesama sendiri dalam diriku.

3 stesen sebelum tiba di Seremban.
Hati kian resah.

[2.35 petang]
Kaki baru menjejak bumi Seremban.
Lantas kukejar teksi merah.

Aku mengerah semua otot-otot kakiku untuk bekerja.
Aku perlu, bukan! Aku mesti sampai sebelum bas berlepas.
MESTI!
Tak pernah umur aku jalan laju-laju begitu.
Beg jinjit berisi buku teks di tangan kanan.
Bungkusan rambutan di tangan kiri.
Berat bukan jadi penghalang saat itu.

.............

Terasa bagai mahu menjerit keriangan saat tiba sisi Transnasional dua tingkat itu. Aku berjaya.
Nafas tak teratur. Paru-paru kembang kuncup dek kepenatan.
Peluh menghiasi dahi.
Aku terduduk kepenatan di seat tingkat bawah.
Kuhubungi Sarah.
Kukatakan aku berjaya naik bas sebelum ditinggalkan.
Sarah senang hati.
Aku apatah lagi.

[Hampir jam 6]
Kujejak bumi Batu Pahat.
Abang dan Mama menjemput.
Aku senyum sendiri.
Lakaran cerita aku mengembara dari Shah Alam, terkandas di Seremban, tidur di Nilai, dan tragedi mengejar bas berlari-lari dalam kotak fikiran.
Aku senyum lagi.

Rumah.
Aku datang padamu.

Monday, August 18, 2008

Pulang Kampung, Felda LBJ dan Transnasional 1

Wah.

Akhirnya cuti semester tiba juga.
Setelah lama aku tunggu-tunggu.
Rumah,nantikan aku.

Dek kerana aktiviti Kesatria Negara yang tidak mahu kalah timingnya,
aku melupakan sahaja hasrat untuk pulang pada hari Jumaat. Kalaupun aku terus pulang sebaik habis aktiviti pada jam 7, pasti takkan sempat sampai.
Nasib tak baik,tidur di jalanan lah jawabnya.

Hari Sabtu pun tiba.
16 Ogos 2008.
Hari Ulangtahun Mama.
Aku perlu tiba di rumah hari ni. Untuk Mama.
Matahari terpacak di atas kepala. Jam 12.30. Tengahari itu agak panas.
Aku masih di Shah Alam. Alangkah ironiknya.
Hanya selepas Solat Zuhur aku mengatur langkah.
Konon mahu menggunakan khidmat Transnasional untuk ke Seremban.
Ramai orang beratur. Bas ke Seremban jam 5.30 petang. Lambatnya.

Aku pun berlalu.
Naik teksi ke KTM Seksyen 19. RM 8. Gila.
Hati kecil mahu menyumpah seranah. Tapi aku lupakan saja.
KTM juga dibanjiri orang ramai. Mereka juga mahu pulang. Aku faham.
Entah jam berapa, komuter baru menampakkan diri.
Penat berdiri. Berpeluh. Letih. Mengantuk. Adoi.

Tiba di Seremban.
Hampir jam 5.
Terus ke kaunter tiket Transnasional.
Hatiku berdebar.[sikit jek]


"Tiket bas ke Batu Pahat dah abis dik, esok adalah.."

Seremban-Batu Pahat.
17 Ogos 2008.
2.30 pm.

Maka aku tidak berjaya sampai ke rumah pada hari ulangtahun Mama.
Nasibku baik, dapat tumpang tidur di rumah Sarah.
Kalau tidak, tidur di Terminal One lah jawabnya.
Lantas lenalah aku di Felda LBJ malam itu.
[Felda LBJ memang banyak rumah besar. Serius]

Keluarga Sarah sangat baik.
Hampir gondol pokok rambutan dan manggis di belakang rumah dek kerana mahu menjamu aku. 
Malam hari, aku bersantap kari ayam dan sayur goreng.
Juga belajar makan ulam.
Pokok Sambung Nyawa namanya.
Sedap.

Jam 12.30 malam.
Keletihan. Mengantuk.
Aku mahu tidur.
Sarah tutup lampu.
Dan aku terus lena.
Dalam kesamaran malam di Felda LBJ. 

Saturday, August 16, 2008

aduh. sakitnye jatuh moto!

Tamat latihan kawat.

Oh,terasa lapar.Mindaku terus membayangkan Kedai Kopi Ayah dan burger2nya.
Dalam perjalanan, otakku sibuk berguling-guling memikirkan pilihan terbaik untuk aku bersantap malam ini.
Chicken burgerkah?
Fish burgerkah?
Ataupun mungkin Chicken Cheese Whatsoever burger yang bakal menjadi pilihan hati?

[apa-apalah cekyam, perut yang lapar perlu diisi]

Tiba di Kedai Kopi Ayah.
Chicken Cheese menjadi pilihan.
Sementara menanti santapan disediakan [cewah!], aku menuju 7 Eleven dek melayan deria rasa yang kepingin F&N Grape.

Akhirnya aku pulang.
Dengan Chicken Cheese Burger.
Dan tidak lupa F&N Grape.

Titi kecil di depan flatku menanti untuk dilalui
Entah apa yang berlegar di ruang fikiranku saat itu; aku lupa merendahkan gear.
Lalu, dengan konon-kononnya yakin aku terus melalui titi kecil sebesar 2 jengkal tersebut.
Bagaikan sudah tahu malang yang bakal tiba, TY 9186 [moto Kinah] terkedu di tengah titi yang merentasi longkang yang agak-agak besar itu.

...........

Lalu aku jatuh.
TY 9186 tersangkut di atas titi.
F&N Grape menyertai kejatuhan bergayaku.
Abang2 di tingkat 2 lantas menggelakkan aku dengan jayanya.
Chicken Cheese Burgerku selamat di dalam beg galasku.
Panik. Beberapa saat. Namun panik terus lari jauh-jauh bila seorang Mamat hensem berbaju hitam berseluar pendek [ehem] datang menyelamatkanku.
[cewah lagi]
Terima kasih saudara!

Malu.Malu.Malu.
Segan.Segan.Segan.
Sakit. [sikit je]

Malam itu mereka gelakkan aku.
Esoknya pun.
Aku pun turut menggelakkan diriku.
Kesakitan hanya terasa keesokan harinya.
Dan hasilnya, kepala lututku membiru akibat lebam.
Betisku jua. 
[wah. ketara juga kesan lebam di kakiku ini!]

Kini, aku agak2 fobia nak merentasi titi kecil itu.
Namun kadang2 aku gagahkan jua, dek kerana terlambat ke kelas,
kerana titi itulah jalan keluar yang paling dekat.

Tapi aku takkan lupa.
Jatuh moto ni boleh tahan jugak sakitnya.

Friday, August 15, 2008

cerita kami dan perkad.


Jumaat. Sekian sekian haribulan. Hari itu merupakan perjumpaan pertama untuk
semua pelajar semester 3 yang menyertai Kesatria Negara. Seperti kebiasaannya taklimat dijalankan, begitulah juga taklimat hari itu. 

Antara perkara pertama yang dibangkitkan adalah berkaitan Perkad 2008, iaitu pertandingan kawad antara kompeni. Wah. Alangkah bestnya! Berbekalkan minat
dan semangat aku untuk berkawad, dgn pantasnya aku menyertai pasukan Perkad.

Episod latihan kami pun bermula. Nasibku agak baik, kerana Sakinah dengan
baik hatinya meminjamkan Hondanya kepada aku. Mudahlah nak bergerak ke main camp. Terima kasih Sakinah! [jerit hati kecilku tiap kali ku merempit ke main camp
dengan TY 9156nya.]



Peluh. Keringat. Penat. Penat. Dan penat. Tapi aku gembira. Aku mula kenal dengan kawan-kawan baru. Kenal dengan komander. Juga kenal dengan apa
yang dinamakan kepentingan kerjasama. Hingga detik ini aku rindu saat-saat
kami bersama membanting tulang, menjerih peluh keringat di atas padang kawad.
Aku rindu. Rindu. Dan rindu lagi.

Hari pertandingan tiba. Aral melintang tak kenal waktu. Semangat kami hampir 
luntur dek masalah yang menjerkah. Tapi kami gagahkan. Komander-komander
turut memberi kata semangat.




Dan akhirnya kami berjaya. Berjaya menghabiskan sisa-sisa terakhir semangat kami untuk terus berjuang di arena pertandingan. Tamatnya pertandingan, aku puas. Walau kepuasan itu tidak mampu membawa pulang piala kemenangan, namun aku puas. 

Kata-kata seorang komander dari pasukan Bomba kembali menguatkan semangat
aku dan juga ahli pasukan yang lain, yang hampir hilang direnggut kesedihan.

"...Kalau masuk pertandingan hanya untuk menang, takkan ada kepuasan untuk dikecapi. Jika adanya pertandingan itu hanya untuk
menggembirakan satu pasukan sahaja, lebih baik buang terus istilah pertandingan itu. Kita semua sudah menang. Kita menang dalam pertandingan kita dengan diri kita sendiri, akhirnya kita disini, bukan di kerusi penonton. Ingatlah.. kita sudah menang..."

10 Ogos 2008.
Selepas ini takkan ada lagi istilah penat berlatih untuk Perkad.
Takkan ada lagi kasut-kasut yang tercabut tapaknya dek kerana menghentak dan
menyeret di kala latihan kawad. Takkan ada lagi lenguh-lenguh sendi dek kerana
kepenatan menhayun tangan dan kaki. Takkan ada lagi tangan dan kaki yang melecet, dan takkan ada lagi kepenatan berulang alik ke main camp untuk latihan.

Namun aku terus rindu saat-saat itu.
Ya, aku tidak bohong.
Aku rindu.

Saturday, July 12, 2008

My 5-Day Student Life.


It's been a week since I started my semester.
Well, it's a little bit tougher compared to my previous sems.
But it's not that bad.
Here is a little bit of something about my days.


Monday
10.30 - 12.20 : Educational Psychology
2.10 - 4.00 : Vocal Ensemble 1
4.10 - 6.00 : Music Theory 1
6.10 - 8.00 : Oral Communication

* Monday is definitely the toughest day for me.
   The schedule says it all!
   The only good thing is my class did not start at 8.30 (phew~)
   Psychology class is okay.
   Vocal; well, it's all about the art and techniques of singing. Luv it!
   Theory; okay. Focus in class. Complete the exercises. You're gonna get it.
   Oral; phew. The last class for the day. Luckily it is also okay.

Tuesday
8.30 - 10.20 : Music History 1

* Morning class!
* Bangun pagi!
* History! (means baca+hafal+ingat+baca+baca)
* One single class for the whole day!
* Yipee!

Wednesday
8.30 - 10.20 : Report Writing
2.10 - 3.00 : Educational Psychology
5.10 - 6.00 : Applied Phonetics & Phonology

* Morning class = bangun pagi.
* Report writing can be boring at times, and the bad thing is;
   it happens almost every time I attend the class. Huu~
* 1-hour class of Ed.Psychology with F class. I eventually have
   to join this class instead of staying in my class as there is
   clashes of timetable with my minor subject.
   Well, even it's only a 1-hour class; I love it tho~
* Phonetics! I almost cry after I attend the first class! Help!~
   Well maybe, it was just because of my 'ketidaksediaan' before 
   attending the class. Hope things will get better in times.

Thursday
8.30 - 10.20 : Japanese Language 1

* Bangun pagi!
* Today is the foreign language day for 3rd semester's student.
   Japanese, Arabic, Mandarin, Germany, French and Korean; to name a few.
   Today you can hear different version of good morning, various sounds of 
   language, and much more new words from different language.
* It's fun,fun,fun!
* Nihon-go wa chotto muzukashii desukedo; 
   Totemo omoshiroii desu!
* Oops! One class only! Balik umah tido!

Friday
3.10 - 5.00 : Applied Phonetics & Phonology
5.10 - 7.00 : Kesatria Negara

* Yeah! Finally the last day of the week!
* No morning class! Bangun lambat! (Sikit jek. Ehe~)
* Woohoo! Phonetics! Focus. Focus. Focus.
* Luruskan barisan! Hentak kaki, paras! Pandang depan!
* My favourite command is "Bersurai!"
* I love marching. Seriously.


Saturday, July 5, 2008

Expect The Unexpected.

It is almost the end of the holiday.

In fact, in 2-day time, the new semester will begin.
Just before I pack my stuff to set off to Shah Alam,
I realized that there is something definitely wrong with my lappie.
There's blue screen.
And that's the only thing which appear on the screen.
I know I can never fix this by myself.
The next thing I know is I have to start my semester without
my laptop. Me, poor thing.
Alahai~