CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, October 3, 2010

2 atau 3 dalam 1 semester

Itulah ratio kemasukan entri baru dalam blog aku. Kewujudannya dalam hidup aku bagai ada tak ada; menyebabkan aku buat endah tak endah tentangnya.

Ia bikin aku teringat pasal blog sahabat aku; yang secara jujurnya menyatakan bahawasanya blog beliau hanyalah santapan dikala benar-benar bosan. Maka jika tak bosan jangan haraplah aku mahu menyelak relung-relung acara dan perkara dalam hidup semata-mata untuk memuaskan (atau sebenarnya menunaikan) nafkah zahir batin aku terhadap kamu wahai blog. Memang tak.

Maka dengan ini sudah cukuplah ratio 2 entri untuk semester sekarang ni. Oh ya; semester 7 maksud aku. Mungkin iya dan mungkin tidak aku akan kembali semula untuk mencambahkan idea dan cerita disini.

Sampai ketemu lagi.

Antara 'Kau, Aku, I, You' & Sekolah Tinggi

Bila aku terdengar cousin-cousin aku berbual menggunakan telefon bimbit pemberian mak ayah diorang, kadang-kadang aku tersenyum sendiri. Pernah jugak sampai tahap nak tutup telinga pakai penutup periuk.

Entah apa yang diberbualkan. Kadang-kadang aku rasa takde motif. Setakat pasal amik gambar dengan mamat lain pun nak kecoh satu kawasan perumahan. Entah apa lah yang dijadikan motif untuk dicemburukan; yelah, konon bercinta, tapi buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 pun tak habis baca lagi. Eh, penting tu. Kalau tak silap aku ada bahagian tentang perkahwinan. Agaknya lah. Aku pun dah bertahun tinggalkan sekolah.

Tapi bila ditimbang-tara semula, aku rasa normal kot benda-benda begitu. Aku pun pernah jadi gadis remaja (wah) berumur 16 tahun.; konon leka diulit asmara dan kalimah cinta remaja. Biasalah kalau bergaduh, bertekak dan selisih faham dengan sang kekasih. Kalau ikut terma sekarang; budak-budak baru nak naik. Mungkin zaman aku dulu pakai handphone pun dah kira hebat dan cool, lagi pulak guna kata ganti 'I' dan 'you' sesama sendiri. Wah. Begitu.

Seriously aku guna hanya 'kau' dan 'aku'. Pernah jugaklah guna 'saya' 'awak'. Itu pun untuk orang-orang tertentu dan kes-kes istimewa saja. Kalau aku pernah ber'saya' 'awak' dengan kalian, nah; kalian adalah kes istimewa aku! :)

Masih terlalu kecik refleksi dunia yang budak-budak ni nampak. Tak seberapa kisah hidup yang mereka kononnya ketahui. Bilamana diorang konon nak gebang pasal life diorang, acapkali aku cuma senyum dan aku lontarkan jua secebis dua nasihat picisan dari aku yang punya ilmu tidak setinggi mana. Sesungguhnya nikmat dunia memang hebat dalam mengaburi mata anak-anak muda zaman ini.

Setakat punya Dunhill dan Cricket dalam beg sekolah, akaun Facebook, Myspace dan Twitter; mungkin juga E72 dan EOS550D tanda limpahan kasih ibu bapa; tak perlu rasanya kalian mahu meninggi hidung dan diri sendiri. Itu hanya picisan dalam kehidupan.

Good Luck untuk aku dan kalian. :)

Monday, April 5, 2010

Tujuh Tujuh Dua Dua

Oh tidak.
Itu bukan nombor plat kereta atau motor.
Bukan juga 4 nombor ekor.

Di atas kertas, 2 minggu lagi minggu kuliah akan tamat.
Tapi bagi aku, itu hanya bicara sia-sia yang tak punya makna.
Untuk aku, yang menanti adalah;

7 ujian pelbagai subjek/kursus;
7 tugasan bertulis;
2 pengajaran mikro; dan
2 pembentangan.

Cukuplah menaip. Melihat figura nombor-nombor tersebut; sepatutnya aku rasa cemas.
Tapi untuk apa? Tiada motif.
Maka, aku tetap chill dan rileks.
Apalah sangat pada cuti. Hari kuliah pun aku bantai tido.

Bak kata Mika, 'Relax, Take It Easy'.

Memang aku take it easy. Relax sudah pasti.