CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 5, 2010

Tujuh Tujuh Dua Dua

Oh tidak.
Itu bukan nombor plat kereta atau motor.
Bukan juga 4 nombor ekor.

Di atas kertas, 2 minggu lagi minggu kuliah akan tamat.
Tapi bagi aku, itu hanya bicara sia-sia yang tak punya makna.
Untuk aku, yang menanti adalah;

7 ujian pelbagai subjek/kursus;
7 tugasan bertulis;
2 pengajaran mikro; dan
2 pembentangan.

Cukuplah menaip. Melihat figura nombor-nombor tersebut; sepatutnya aku rasa cemas.
Tapi untuk apa? Tiada motif.
Maka, aku tetap chill dan rileks.
Apalah sangat pada cuti. Hari kuliah pun aku bantai tido.

Bak kata Mika, 'Relax, Take It Easy'.

Memang aku take it easy. Relax sudah pasti.