CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, October 28, 2009

Kisah Cinta Zaman Romantik

Ya. Aku sedia maklum dan kau juga sedia tahu romantik selalu diletakkan bergandingan dengan cinta dalam banyak frasa. Barangkali penulis berkaitan sengaja. Siapa tahu. Tapi, pernah tak kau tahu kisah-kisah cinta zaman romantik?

Ya. Zaman Romantik dalam konteks sejarah muzik. Konteks yang punya Robert Schumann, Franz Schubert dan Hector Berlioz sebagai karakternya. Sesungguhnya, kalau bukan kerana subjek Music History 2, aku pun tak akan tau tentang kisah mereka. Kerna itu juga, tatkala sahabat aku yang juga bakal pendidik seperti aku bertanyakan tentang Schubert Serenade, aku jadi nanar sebentar. Ia, dia tahu tentang Schubert dan juga Tchaikovsky, ikon muzik bumi Rusia itu.

Pkoknya, memang benar. Bahawasanya aku suka dengan kisah cinta mereka. Tak mengapa, jika kerajinan itu ada, pastu aku akan calitkan nota-nota entri tentang kisah cinta mereka di sini. Kalau ada rezeki, kau juga akan bisa tahu tentang cerita Romantisis2 yang aku sebutkan tadi.

=)

3 comments:

Pana Sensei said...
This comment has been removed by the author.
Pana Sensei said...

sori tadi salah post..
ak nk post kat blog laen..hohoho

ak juga mahu tahu tentang kisah cinta mereka~

cekyam said...

haha. ok ok. nnt aku post. weh pana. nk email gmail ko.